Acne Routine

Created by

yuyuyana

Before kulit okay jarang naik jerawat (hanya time period) . Then try produk SOMEBYMI yang time tu sangat viral . First try beli SOMEBYMI AHA/BHA/PHA Miracle Toner dan Serum tapi mula-mula pakai, naik jerawat kecil-kecil . Kemudian, naik jerawat batu . Aduh, masa tu tak banyak yang share tentang AHA BHA . SO tak tahu yang produk ni tak boleh campur dengan produk lain . Disebabkan keluar jerawat, beli laa THE ORDINARY Niacinamide dan THE ORDINARY AHA/BHAl Peeling Gel dan mula jerawat keluar dengan jayanya . 2 tahun lebih muka breakout. Pakai apapun tak sesuai sehinggalah jumpa SOMEBYMI Snail Repair Serum dan satu persatu try error produk yang sesuai dengan skin dan jadilah rutin ni .


Alhamdulillah, mula-mula pakai Serum dia, naik jerawat jugak tapi gigihkan habis sebotol akhirnya nampak kesan dia . Yang paling ketara, kulit dah kurang naik jerawat, pori mengecil dan parut jerawat pudar . Kalau dulu jerawat paling banyak keluar kat pipi tapi sekarang langsung takde dah jerawat kat pipi tu . Kalau time period hanya keluar tempat yang sama dan 2 3 hari dah kecut . Memang nampak sangat dia repair kulit . Untuk brightening agak lambat tapi apa pun sabar sebab proses brightening saya bagi pada produk lain hihi . Pada saya, bila skin barrier dah okay, mana-mana produk yang kita try boleh nampak kesan dia .


Untuk yang tengah ada jerawat yang aktif tu, cubalah try THE YEON Calamine Cream . Produk ni takdelah hype sangat tapi saya pun menyesal kenapa tak cuba dari dulu . Seriously...produk ni memang HOLY GRAIL ! Setiap kali jerawat, saya akan dot pada jerawat tu . Esok pagi bangu mesti kecut . Saya kerap pakai Calamine Cream kalau masa tu ada jerawat walaupun jerawat kecil-kecil sebab lepastu dia akan hilang . Before saya pakai Tea Tree Oil tapi lambat kesan dia tapi yang ni memang saya suka sangat sebab langsung tak keringkan kulit .


Sesiapa yang tengah berjerawat tu, jangan putus asa . Hanya nak berkongsi tips dari pengalaman saya :-


Yang penting sebelum beli...

  1. Tengok jenis kulit kita dulu
  2. Mulakan dengan produk yang paling penting (saya start dengan cleanser)
  3. Check ingredients produk tu sesuai tak untuk kulit kita
  4. Beli yang trial dulu supaya tak membazir kalau tak sesuai
  5. Start guna produk ni sahaja, jangan campur dengan produk lain supaya kita tak keliru dengan kesannya nanti
  6. Buat diari (saya guna group whatsapp) untuk skincare routine
  7. Ambil gambar muka kita pagi-pagi selepas mandi
  8. Rekod skincare routine kita setiap hari siang dan sebelum tidur
  9. Highlight produk yang tak sesuai dan sesuai
  10. Kalau ada purging atau breakout, tengok produk-produk apa yang kita pakai hari tu . Apa yang kita makan . Ada kalanya jerawat keluar tak semestinya disebabkan produk yang kita anggap tak sesuai tu, tapi maybe sebab pengambilan makanan kita


TAKE NOTE : Dessert/makanan manis sangat-sangat buat jerawat tu lagi trigger ya !

Share this collection!
Pssst... Know someone that will find these products useful? Share the goodies